校规
PERATURAN SEKOLAH
PERATURAN SEKOLAH
KEHADIRAN 出席
Kehadiran semua murid ke sekolah adalah wajib, semua murid hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya pada jam 7.00 pagi. 全体学生必须在上课日,于早上7时或之前到校。
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu haruslah menunjukkan bukti surat dari doktor / ibu bapa / penjaga. 若学生有特殊原因而无法到校,学生需出示医生证明或家长/监护人的信件。
Murid yang tidak hadir tanpa sebab adalah dianggap ponteng, surat amaran akan dikeluarkan. 无故缺席的学生将被视为逃学,并会收到警告信。
Ibu bapa / penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang atas sebab-sebab tertentu hendaklah memaklumkan kepada Guru Kelas serta menandatangani buku kebenaran pulang yang disediakan di pondok pengawal. 家长或监护人若有特殊原因欲带孩子回家,必须通知级任老师,并在保安亭签署校方所提供的早退书。
Jika murid-murid datang lewat nama mereka akan dicatat oleh pengawas sekolah, murid yang lewat lebih dari 5 kali, surat amaran akan dikeluarkan. 若无特殊原因的迟到者,将被安排留在在保安亭前十分钟,并由巡察员记录有关学生名字。
Murid tidak dibenarkan memohon cuti untuk tujuan balik kampung atau melancong keluar negeri semasa PDP. 学生不得在教学与学习期间请假返乡或出国旅游。
PENGURUSAN SAHSIAH DISIPLIN MURID ( IDME )
Semua kesalahan disiplin murid yang telah dibuktikan dan tersenarai di dalam IDME atau melanggar peraturan sekolah, nama murid akan dimasukkan di dalam IDME. 所有经证实的违反IDME系统里的违规行为或违反校规,学生的姓名将被记录在IDME中。
Ibu Bapa akan dipanggil sekiranya kesalahan disiplin memerlukan perhatian dan tindakan ibu bapa. 若有纪律违规行为需要家长的关注和采取行动,校方将会联系家长到校面谈。
PEPERIKSAAN 考试
1. Murid-murid adalah wajib menduduki semua penilaian yang disediakan oleh pihak sekolah. Murid yang sakit dibenarkan menduduki penilaian dengan syarat ada surat doktor. 全体学生务必出席学校所举行的考试。
2. Semasa peperiksaan atau ujian dijalankan, murid-murid adalah dilarang sama sekali meniru, memberi jawapan kepada murid lain. Kesalahan meniru akan dikenakan tindakan disiplin yang berat. 学生一律禁止在考试作弊。考试作弊将受到严厉的纪律处分。
3. Murid-murid adalah dilarang membuat bising, tidur, membuat kerja lain, melukis atau membaca buku semasa peperiksaan sedang dijalankan. 考试进行时,学生一律禁止喧哗、睡觉、画画、看书或做其他违反考试进行的事项。
BULI 霸凌
1. Murid dilarang sama sekali melakukan sebarang bentuk buli termasuk fizikal, mental,
emosi, verbal atau siber terhadap mana-mana warga sekolah.
学生严禁对任何学校成员进行任何形式的欺凌,包括身体、心理、情绪、言语或网络欺凌。
2. Murid dilarang memukul, menendang, menampar atau menggunakan kekerasan fizikal terhadap rakan atau guru. 学生禁止殴打、踢踹、掌掴或对同学及老师使用任何身体暴力。
3. Murid dilarang menyentuh anggota badan murid lain tanpa keizinan, sama ada dengan tujuan bergurau, menakut-nakutkan atau mencederakan.
未经允许,学生不得触碰其他学生的身体部位,不论是出于开玩笑、恐吓或伤害的目的。
4. Murid dilarang menghina, mengejek, menggelar nama atau mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menjatuhkan maruah orang lain. 学生不得侮辱、嘲笑、辱骂或说出任何有损他人尊严的言语。
5. Murid dilarang melakukan body shaming, iaitu mengejek rupa, bentuk badan, warna kulit atau apa-apa ciri fizikal murid lain. 学生禁止进行身体羞辱行为,例如取笑他人的外貌、体型、肤色或任何身体特征。
6. Murid dilarang mengugut, memeras ugut atau memaksa pelajar lain memberikan wang, barang, makanan atau melakukan sesuatu di luar kerelaan.
学生禁止威胁、勒索或强迫其他同学交出金钱、物品、食物或做出任何违背意愿的行为。
7. Murid dilarang menyisihkan atau memulaukan rakan dengan sengaja sehingga menyebabkan tekanan emosi. 学生禁止故意排斥或孤立同学,以致对其造成情绪压力。
8. Murid dilarang merosakkan atau menyembunyikan harta benda rakan sebagai cara menakut-nakutkan atau mengawal mereka. 学生不得破坏或隐藏同学的财物,以此作为恐吓或控制的手段。
9. Murid dilarang menyebarkan gambar, mesej atau maklumat palsu melalui media sosial, aplikasi mesej atau apa-apa saluran komunikasi (buli siber).
学生禁止通过社交媒体、通讯软件或其他渠道散布图片、讯息或虚假信息(网络欺凌)。
10. Murid dilarang mengambil kesempatan terhadap pelajar baharu, lebih muda atau lemah dengan memaksa mereka membuat kerja tanpa kerelaan.
学生不得利用新生、年幼或较弱的同学,强迫他们在违背意愿的情况下完成工作。
11. Murid wajib melaporkan sebarang kejadian buli kepada guru, kaunselor, atau pihak sekolah dengan segera.
学生必须立即向老师、辅导员或校方报告任何欺凌事件。
12. Mana-mana murid yang didapati terlibat dengan kes buli akan dikenakan tindakan disiplin tegas mengikut tahap keseriusan, termasuk amaran bertulis, kaunseling wajib atau denda yang sewajarnya.
任何被发现涉及欺凌的学生,将依严重程度受到严格的纪律处分,包括书面 警告、强制辅导、及适当的处 罚。
PAKAIAN SERAGAM DAN RAMBUT 衣着与头发
1. Murid-murid lelaki mesti memakai seluar pendek berwarna biru gelap dan baju putih lengan pendek. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang masa berada di sekolah. Butang baju tidak boleh ditanggalkan. 男学生必须穿深蓝色的短裤和白色的短袖衣。 白衣须塞在短裤内,衣纽不可脱落。
2. Murid-murid perempuan pula harus memakai pinafore termasuk tali pinggang berwarna biru gelap melebihi paras lutut serta baju putih berlengan pendek. 女学生须穿白色的短袖衣和深蓝色的校服裙,并配上腰带,校服裙必须长过膝盖。
3. Lencana sekolah dan tanda nama (name tag) harus disemat (dilekat) pada pakaian seragam murid-murid. Tanda nama (name tag) harus dilekat di atas lencana sekolah pada sudut kiri bahagian atas dada. 校徽和名牌须挂在校服的左上方, 名牌必须在校徽的上面。
4. Semua murid hendaklah memakai samada kasut dan stokin berwarna hitam atau kasut dan stokin berwarna putih. Murid tidak dibenarkan memakai kasut hitam dan stokin putih atau disebaliknya. 所有学生必须穿上黑色校鞋和袜子或白色校鞋和袜子。学生不允许穿上黑色校鞋和白色袜子或白色校鞋和黑色袜子。
5. Stokin hendaklah melebihi paras buku lali. Kasut dan stoking murid harus dibasuh selalu agar sentiasa bersih. 学 生的袜子须高于脚踝。鞋袜必须定期清洗以保持清洁和卫生。
6. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani, latihan sukan atau aktiviti ko-kurikulum dijalankan, murid-murid haruslah memakai pakaian sukan sekolah. Murid boleh memakai pakaian sukan sepanjang hari. 凡在上体育课、体能训练或课外活动时,学生可以全天穿上学校运动服。
7. Murid dilarang memakai seluar legging semasa Pendidikan Jasmani. 学生禁止穿上紧身裤。
8. Semua murid hendaklah memotong dan membersihkan kuku. 学生的指甲必须剪短并清理干净。
9. Semua murid lelaki dilarang berambut panjang dan mesti dipotong pendek. 男学生禁止留长发。
10. Murid-murid perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikat rambut samada ikatan bun , ikatan pony tail atau berambut pendek dan diklip kemas menggunakan pengikat rambut ( Hair Band ) dan klip rambut bersaiz kecil dan berwarna hitam atau gelap sahaja. 留长发的女学生须使用黑色或深色的发带和小发夹将头发束成发髻或马尾,并保持整齐。
11. Semua murid dilarang sama sekali memotong rambut berfesyen, mengerinting rambut dan mewarnakan rambut mereka dengan apa-apa juga pewarna rambut (asli/tiruan). 学生一律禁止修剪时髦发型、卷发和染发。
12. Pakaian sekolah, kasut, dan stokin murid-murid mesti sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 学生的校服、鞋子和袜子必须保持干净整齐。
HARTA BENDA SEKOLAH 学校的公物
1. Murid-murid tidak dibenarkan merosakkan harta benda sekolah dan hendaklah membayar ganti rugi dengan harga yang setimpal dengan harta benda sekolah yang dirosakkan atau dihilangkan. 学生不得破坏学校财物。若学生蓄意损坏或遗失学校财物,必须按其价值进行赔偿。
2. Dinding sekolah dan mana-mana bahagian bangunan sekolah tidak boleh diconteng, digaris, dilukis, atau dikotorkan, murid bertanggungjawab untuk membersihkan contengan yang dilakukan. 校园的任何地方都不可涂写及弄脏。如蓄意涂写及弄脏,学生必须负责清洗。
3. Semua harta benda atau wang yang dijumpai haruslah diserahkan semula kepada pihak sekolah. 捡到任何东西
或钱财须交由校方处理。
4. Bilik darjah hendaklah dikunci sekiranya terdapat aktiviti di luar kelas. Murid-murid tidak dibenarkan memasuki bilik darjah lain kecuali dengan kebenaran. 若全体学生到课室外进行活动,课室应上锁。没有得到许可,学生不可进入他人的课室。
TANDAS SEKOLAH 学校的厕所
1. Murid-murid dilarang membuang sebarang benda atau sampah ke dalam lubang tandas dan sinki tandas. 学生不可将任何物品或垃圾丢进马桶和洗脸盆内。
2. Dinding tandas tidak boleh diconteng atau dikotorkan. Segala peralatan tandas harus digunakan dengan baik. 学生禁止涂鸦、乱画或弄脏厕所的墙壁,须以正确的方法使用厕所内的用具。
3. Selepas membuang air kecil atau air besar, murid-murid mesti menyimbah air (flush) tandas agar tandas sentiasa bersih. 学生使用厕所后,须冲水以保持厕所的清洁。
KEBERSIHAN SEKOLAH 学校的整洁
1. Murid-murid adalah dilarang membuang sampah di merata tempat. Semua sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 学生禁止随地乱丢垃圾,所有垃圾必须丢进提供的垃圾桶。
2. Murid-murid dilarang membawa makanan atau minuman ke tempat-tempat yang dilarang oleh pihak sekolah. 学生不可将食物或饮料带到学校禁止的地方。
3. Murid mempunyai tanggungjawab moral untuk memungut dan membuang sampah ke dalam tong sampah. 学生有责任捡起垃圾并将其扔进垃圾桶。
OPERASI MENGEJUT 突击检查
1. Pihak Sekolah akan mengadakan operasi mengejut dari masa ke semasa bagi memeriksa kekemasan diri serta beg murid. 校方将随时进行突击检查学生之整洁及检查书包。
2. Semasa operasi mengejut , bahan larangan akan dirampas oleh pihak sekolah. 突击检查时,所有违禁物品一律将被没收。
PERHIMPUNAN KECEMASAN 紧急集合
1. Jika berlaku kes kecemasan, pihak sekolah akan membunyikan siren. 若发生紧急事故,校方会发出紧急讯号。
2. Pihak sekolah akan memastikan tiada murid yang masih berada di dalam kelas atau tempat yang bahaya. 校方将确保学生远离危险的地点。
3. Latihan kecemasan akan dilakukan dari masa ke semasa. 紧急演习将会在适当的时候进行。
PERATURAN-PERATURAN AM 一般规则
1. Murid-murid dilarang membawa alat-alat berbahaya ke sekolah. 学生禁止携带危险物品到学校。
2. Murid dilarang membawa telefon bimbit (Hand Phone), memakai barang-barang kemas, alat solek, perhiasan tiruan, menghias kuku, pemadam cecair (Liquid Paper) , membawa gambar-gambar lucah atau “photo card” , membawa alat permainan video (Video Game), cakera padat, mercun, daun terup, kad Digimon atau Pokemon , patung-patung dan bunga api ke sekolah. Semua akan dirampas oleh pihak sekolah sekiranya didapati membawa peralatan terlarang. 学生禁止携带手机、佩戴首饰、化妆品、仿制饰品、美甲、使用修正液、携带色情图片或“照片卡”、携带电子游戏机、光盘、鞭炮、扑克牌、数码宝贝或宠物小精灵卡片、玩偶和烟花进入学校。若发现携带违禁物品,校方将会没收。
3. Peras ugut, mengancam , mencederakan dan membuli murid lain/guru/kakitangan sekolah adalah dilarang dan ia satu kesalahan yang serius. 学生禁止勒索、威胁、伤害和欺凌其他学生、教师或职员,这是严重的违规行为。
4. Ditegah berbahasa kesat / lucah dengan sesiapa sahaja samada menulis atau melukis gambar lucah. 禁止对任何人使用粗鲁、不雅或色情的语言或出示图片。
5. Semua kerja yang diarahkan haruslah disalin di dalam buku catatan harian murid dan kerja rumah itu harus disiapkan. 学生必须把功课记录在学生功课手册,并按时完成功课。
6. Dilarang berlari dan berkejar-kejaran di kelas atau koridor atau persekitaran sekolah. 禁止在教室、走廊或学校周围奔跑或追逐。
7. Murid-murid tidak boleh berurusan jual beli di sekolah. 学生禁止在校售卖任何物品。
8. Murid-murid dilarang sama sekali menyentuh mana-mana bahagian sulit badan rakan sekolah. 学生绝对禁止触碰任何同学的私密部位。
9. Semua murid tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tatu pada mana-mana bahagian badan. 所有学生不得纹身。
10. Semua peralatan /pakaian sukan hendaklah diletakkan nama murid agar mudah dikembalikan kepada pemilik. 所有文具、水壶和学校运动服应贴上学生姓名标签,方便校方归还予遗失者。
11. Ibu bapa hendaklah mengambil anak pada waktu pulang yang telah ditetapkan. 家长必须在指定的放学时间准时接孩子。
12. Dilarang menconteng/merosakkan pakaian sekolah, barang-barang, buku samada milik peribadi atau rakan. 禁止涂鸦或损坏自己或任何学生的所有物品及校服。
PERATURAN KHAS KEPADA IBU BAPA , PENJAGA , PEMANDU BAS DAN INDIVIDU YANG MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH 家长、监护人、校车司机及进入校园的任何人士之特别规则
1. Ibu Bapa atau orang perseorangan yang ingin berurusan dengan pihak sekolah , hendaklah mendaftar nama di pondok pengawal dan mengambil pas pelawat. 若家长或其他人士要到校处理事情,必须先在保安亭登记和带上访客通行证。
2. Ibu bapa, penjaga, pemandu bas sekolah dan orang-perseorangan yang memasuki kawasan sekolah adalah dilarang merokok dan membuang sampah di dalam kawasan sekolah. 若家长、监护人、校车司机及进入校园的任何人士,禁止吸烟或乱丢垃圾。
3. Ibu bapa, penjaga, pemandu bas sekolah dan orang-perseorangan di larang memasuki kawasan sekolah/bilik darjah untuk menegur atau mengganggu pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah. Jika terdapat aduan atau masalah, sila merujuk kepada guru. 家长、监护人、校车司机及任何人士不可进入校园干扰学生上课或责备学生。如有任何问题,敬请联络老师。
4. Ibu bapa atau individu tidak dibenarkan menghantar bekalan makanan di dalam kelas kecuali meletak di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 学校已准备指定的地方放便当盒,所以家长或监护人不可将食物送到课室。
5. Segala kerjasama serta prihatin para ibu bapa, penjaga, pemandu bas sekolah dan orang- perseorangan dengan pihak sekolah sangat dihargai demi kebaikan murid sekolah ini. 校方非常感谢大家所给予的关心和合作以确保校园内的安全.
6. Pihak sekolah berhak untuk mengambil tindakan ke atas para ibu bapa, penjaga, pemandu bas sekolah dan orang perseorangan yang memasuki kawasan sekolah ini jika mereka didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas. 若家长、监护人、校车司机及进入校园的任何人士违反以上的任何条文,校方有权采取行动。
7. Ibu Bapa atau penjaga tidak dibenarkan duduk di kawasan sekolah seperti kantin untuk menunggu anak pada waktu pulang. Ibu bapa hendaklah berada di tempat dan masa yang telah ditetapkan untuk mengambil anak pada waktu pulang, agar murid dapat duduk dan tunggu ditempat yang disediakan. 家长或监护人不得在学校区域(如食堂)等候孩子放学。家长应在指定的地点和时间接送孩子。
Pihak sekolah berhak mengubahsuai segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut kesesuaian masa kini.
校方有绝对的权利增删或修改校规。